Monday, November 9, 2009

Motivasi - Rahsia Keyajaan

Rahsia Kejayaan

Jangan rasa cemburu dan iri hati andainya ada rakan-rakan anda yang berjaya daripada anda. Renungkan diri anda mengapa anda tidak boleh berjaya seperti mana rakan anda, dimana silapnya. Disini diperturunkan beberapa rahsia kejayaan yang perlu anda laksanakan agar anda juga boleh berjaya sepertimana rakan-rakan anda.

Setiap individu mempunyai sikap tersendiri. Sikap boleh dibahagikan kepada yang positif dan negatif. Sikap yang positif ataupun baik adalah seperti bertanggungjawab, sabar, bersikap terbuka, rajin, jujur, pemurah, toleransi dan sebagainya. Biasanya sikap ini disukai oleh orang disekeliling kita. Sikap buruk ataupun negatif pula adalah seperti malas, rakus, iri hati, marah, sombong dan lain-lain yang sering tidak digemari oleh orang disekelilingnya.
Sebagai pekerja yang ingin dipandang bagus oleh ketua atau majikan, rakan-rakan sekerja dan pelanggan, anda perlu mengamalkan sikap baik dan mengurangkan sikap-sikap buruk. Biasanya ketua, rakan sekerja dan pelanggan lebih suka berurusan dengan orang yang memiliki sikap baik kerana ia melancarkan tugas ataupun perancangan yang ingin dilaksanakan oleh mereka. Ramai orang yang berjaya mendapat kenaikan pangkat kerana sikap diri yang baik.


Sikap Diri Yang Baik


Bertanggungjawab
Pekerja perlu mempunyai sikap bertanggungjawab pada diri, tugasan dan syarikat.
• Pekerja yang bertanggungjawab dapat memastikan harta dan kemudahan syarikat berada dalam keadaan selamat dan tidak disalah guna bagi kepentingan peribadi.
• Sikap tanggungjawab memastikan tugasan yang diamanahkan oleh pihak majikan dapat disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan.
• Tugasan yang diarah dilaksanakan tanpa banyak soal.
. Tidak membuang masa sekiranya tiada tugasan yang perlu disempurnakan.
Menepati masa
• Pekerja melaksanakan tugasan mengikut masa yang di­tetapkan.
• Keluaran, hasil jualan ataupun perkhidmatan dapat disalurkan kepada pelanggan mengikut tempoh yang diperlukan.
• Pelanggan lebih percaya kepada syarikat kerana dapat memenuhi permintaan mereka tanpa menjejaskan kualiti dan kuantiti.


Rajin
• Rajin menyumbang idea dan tenaga bagi menjayakan aktiviti ataupun projek yang dijalankan oleh syarikat.
• Rajin bertegur sapa dengan rakan sekerja dan pe­langgan walaupun di luar waktu pejabat.
• Rajin melakukan kerja lebih masa apabila diarah oleh ketua.
• Rajin bertanya apabila sesuatu masalah itu tidak dapat diselesaikan sendiri.
• Rajin membuat rujukan daripada sumber luar bagi menghasilkan idea dan produk yang berkualiti bagi syarikat.
• Rajin menghulurkan bantuan kepada ketua dan rakan sekerja apabila perlu.



Berhemah
• Emosi tidak mempengaruhi diri semasa membuat keputusan.
• Penggunaan intonasi yang sesuai semasa bercakap dengan ketua, rakan sekerja dan pelanggan.
• Sentiasa memberi maklumat yang tepat apabila diminta.
• Menggunakan bahasa yang sesuai mengikut tempat, majlis dan individu yang menjadi lawan berkata-kata.
• Menghormati pelanggan.
• Peka pada persekitaran sama ada di tempat kerja atau­pun diluar waktu kerja.
Amanah
• Melakukan kerja dengan ikhlas bagi kejayaan diri, pasukan dan syarikat.
• Tidak menyebarkan berita-berita yang mengaibkan nama ketua ataupun syarikat.
• Apabila diamanahkan menjaga aset ataupun kewangan, tidak gunakannya dengan sewenang-wenang tetapi sentiasa berpada-pada dan terkawal supaya tiada pem-baziran berlaku.
• Tidak melakukan pecah amanah bagi kesenangan peribadi yang mungkin membawa kepada kemusnahan diri dan kerjaya.


Tepati janji
• Sentiasa mempunyai disiplin diri yang tinggi bagi menunaikan setiap temu janji.
• Pastikan anda menepati masa walaupun dengan pekerja bawahan ( sekiranya anda seorang penyelia ) ia akan menjadi contuh kepada orang bawahan anda.


Bersambung pada masa akan datang………………. insyaalah